Sunday 8 May 2016

#throwbackstories : Aussie Mari Ep.3

Bersambung dari Ep.2
Episode 3 - Day 2 - 22 October 2014


Kali ini Me akan bawak pembaca² blog Me menikmati permandangan pantai di Western Australia. Pagi² Me bekfes kat rumah Makcik Tina je la. Mana nak gi bekfes kat luar. bukannye ade kedai mamak ke berhampiran rumah leh mengeteh dulu. Bekfes makan roti australia Sunblest ngan nutella. minum susu coklat Harvey Fresh sambil² layan citer Papa Pig (kartun kat TV) saner. Sambil² tu kene cas phone dan kamera. Kang tak dapat la amik gambar kenangan kat sana. Yang diceritakan juga, charger kat sana pelik skit. So, Kalau travel ke sane, cariklah adaptor yang sesuai untuk 3-pins mesia. Voltage sama. tak perlu risau nak convert voltage ke tak.

Socket AC kat Aussie. sume bulat² connector dia




Lepas makan Me dan anak² melepak kat luar rumah. Nak tengok suasana pagi hari di Australia. Makcik Tina plak gi keje kat supermarket. Dalam kol 9 lebih nanti dia balik la. Makcik Tina ni amik keje sekejap ja. gi keje kol 6am kol 9-10 balik umah. Syiok gak keje macam tuh. hehehe. dibayar ikot jam. dalam AUD30 gak sejam kalau Me tak silap la. Pakcik Saian dah awal² pagi gi kje. Dia keje berdekatan sini ja. Dia biasa gi keje bawak kereta Ford lama ja. Keter Toyota Aurion dia tinggal kat umah ja. 
Melepak ngan anak² kat buaian depan rumah

Melihat permandangan di luar rumah di pagi hari

Ni la kereta toyota aurion pakcik Saian

Sorrento Quay

Dah siap² mandi sumer dan dah bekfes, Makcik Tina pon dah balik dari kerja. Kami siap² nak ke bahagian pantai² di WA ni... Makcik Tina tunjukkan jalan ke Sorrento Quay. Lokasi nya kat mana? kene refer google gak tuh. Lebih kurang 45 minit dari Durrant Way, High Wycombe. Seperti biasa la, Me jadik driver bawak keter Toyota Tarago tu. Sampai area Sorrento Quay tu terlihat memang kawasan orang² kaya la. Hillary Boat Harbour la kat sana. Memang leh nampak banyak kapal² layar berlabuh dan parking kat sane. Keterangan lanjut leh masuk website dia : http://www.sorrentoquay.com.au/


Sorrento Quay punye pintu masuk la

Dalam ni Me dan famili dibawa tengok kedai² kat sini. Nak bershopping memang taklah. Bajet baik la katekan. Sini gak sebenarnya Makcik Tina kate biasa bawak cucu²nya gi mandi manda berkelah. Sebab pantai dia memang cantek dan tak bahaya. Pantai kat tempat macam teluk. Tengok la gamba macam di atas tu. Ade satu kedai yang memang Me syiok tengok iaitu kedai jual surfboard. Nak beli bukan boleh main pon kat laut mesia. pastu panjang bukan main kalau nak naik flight. ahahahaaha

Kedai² Kraftangan yang berada kat sana 

Sini banyak la jual Surf Board tu.. murah²

Di Area tepi laut Sorrento Quay tu, boleh la nampka kapal² layar yang parking secara tersusun di sana. Makcik Tina kate memang ade orang tinggal pon dalam yacht tu. Diorang bukan ade rumah pon. Siap beranak pinak dalam yacht tu. Kat sini Me melepak menikmati permandangan pantai sambil makan aiskrim kat sini.

Yacht Parking

For Sale? mau beli tak? Murah² ni. 

Beraneka restoren di sini. Subway, Boost, DOME...dll

Bergamba ngan wife, berangan nak beli satu yacht satu hari nanti

Sorrento Quay Boardwalk



R&R makan aiskrim kat sini.

Seagull ni memang banyak kat sini. 


Anak² Me bergambar ngan Arwah atuk dan Nenda

Selpi sambil bersiar²


Dah abis bersiar² kat sini, singgah kejap kat Walkabout Souvenirs shop kat area sana juga. Sini Mama Me la yang nak beli barang² souvenirs untuk kawan² nya. Me tak beli ape². Tapi Arwah Abah Me nak beli cap. Beli la dalam 3 pcs AUD 10. Jadilah kenangan buat Me. Sampai sekarang Me pakai topi tu. 

Depan kedai Walkabout Souvenirs 

Wife Me ade la beli mutira sesikit kat kedai sana. Ade SALE la katekan

AQWA

Lepas habis tamat bersiar² kat Sorrento Quay tu, Makcik Tina ajak gi jalan tengok akuarium kat sane. alah macam kat Aquaria juga la. Nama tempat tu AQWA. Dedulu dikenali sebagai Underwater World Perth (UWP). Pada 2001, diorang rebrand as AQWA (The Aquarium of Western Australia). Mase ni Arwah Abah Me yang tolong bayarkan tiket untuk Me sekeluarga. Ntah berapa ntah rege tiket. Me pon tak ingat. Mahal juga la.
Anak² Me bergambar depan pintu masuk AQWA

  

 Dalam ni ade gak tunnel macam kat Aquaria tu. kita just berdiri ja. tak payah berjalan. Ade conveyor yang bawak kita ke dari ujung ke hujung. Syiokla bagi bebudak dapat tengok hidupan laut yang besar². Ade penyu, ade ikan jerung, ade kerap, ade ikan pari dan lain².



Great White Shark... jeng jeng jeng.. (lagu citer JAWS)

Time ni ade pekerja tengah bersihkan kolam, siap bawak vaccum cleaner camtu

Seluk jangan tak seluk. kot² dapat tangkap ikan dengan tangan

Tapak Sulaiman aka Patrik dalam Spongebob



Akuarium besar. tapi takde orang pulak

Nak teropong ape? Laut luas terbentang (maybe leh nampak MH307)


Aksi Selpi Menyelpi Me dan Wife Me

Bergambar dengan Tulang Ikan Paus

Permandangan di luar AQWA, Cantekkan?

Habis ja kuar dari AQWA tu, nampak ade keter Ford Mustang. Memang terbaikla. Memang Me amik gambar sebagai kenangan. Mana nak carik kat Mesia keter macam tu. Kalau ade kira hebat la. Kaye giler la. 
Anak Me ni memang suke dengan keter sport

Fremantle Fishing Harbour

Balik je dari AQWA dah tengahari. Memang diikutkan masa Lunch la. Bekal pon tak bawak banyak. Anak² dah kelaparan. So, Makcik Tina nak bawak kami ke Fremantle. Tempat ni memang sinonim bagi pelancong² yang datang ke WA ni. Boleh kate kisah sejarah kampung nelayan kat sini la sekitar tahun 1820-an. Sejarah sini kene rujuk wikipedia la. Kat area ni ade la Fremantle Prison, Ade Maritime Museum dan Fremantle market (yang hanya buka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja). Makcik Tina bawak kami makan kat Circerello's untuk pekene Fish and Chips diorang tu. Ramai gak orang² Mesia kalau datang sini, mesti pekena makanan tuh. lagik satu kat kedai sebelah dia name Kaili's. Sekali ade sorang cina tu menegur kami. Rupenya memang orang mesia. Student kat sana, buat part time keje kat Circerello's tuh. Kat Circerello's ni nak makan kene pi order dulu kat kaunter, then bayar kat kaunter. Lepas tu, diorang akan bagi macam device pager kalau dah siap baru bunyi. Baru leh gi amik makanan yang dipesan. 
Bergambar depan Fremantle Fishing Harbour







Kat situ Me dan wife beli 1 set Special Fresh Fish and Chips dan 1 set Fish Curry dan Nasik. Harga seperti dalam resit di bawah la termasuk GST ahahaha. boleh tahan mahal juga la. Nak kate sedap atau tak? hmmmm... mende ni subjective sebenarnya. Kalau ikot tekak masterchef, biasa² je la. tapi quantiti banyak la. puas makan kongsi bersama anak² Me. 

Special Fresh Fish and Chips

berselpi sambil makan lunch


Korang nampak tak kenu atas kepala tuh.. siap ade kesan gigitan white shark lagik

Nak makan kat luar pon boleh

Selpi skit menghala ke kedai Kaili's 

Selpi skit depan kedai Kaili's 
ber'wepie' bersama famili 

Lobster kat Kaili's ni (AUD69.95 sekilo) 
Menu dia lebih kurang dengan Circerello's

Wife dan anak² Me melepak kat Kaili's

Sumernye fresh² nampaknya 

Ade ape dalam raga tuh? teka la... (lobster la)

Nama² nelayan zaman dedulu yang penah datang kat sini

Banyak bawak balik ikan bang? mintak skit

Westfield Carousel

Habis ja makan kat sini, perot pon dah kenyang. Actually kami makan lunch pon dah petang. So, kami rushing nak pulang ke rumah. Makcik Tina pula nak ke Westfield Carousel kat Cannington, nak beli barang katenya. 
Park kat sini nampak la keter orang yang tengah belajar L

Korang nampak tak ade Saga BLM disitu? sebelah troli tu la. Bangga Me

Dalam perjalanan balik Me melalui sebatang landasan keretapi. Tak penah tengok keretapi kat Perth ni. Me kene stop macam gamba di bawah tu la.


Sampai je rumah Makcik Tina dah Magrib. Terasa jauh plak dari Fremantle ni. Balik tu lepak rumah jela. Makcik Tina pon penat. Nak jalan² area Perth City tak taw. Kang sesat jalan payah plak. Walaupon ade GPS memang sesat jela. Sebab GPS dia memang online. Jika ade je kesesakan berlaku, GPS akan Re-Route jalan. Kompem jalan jadi jauh. Dah la petrol kat sini berubah² tiap² hari.

Bersambung lagik ya dalam Ep.4





No comments:

Post a Comment